top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Program Mobiliti Gilap Pemimpin Peringkat Global

Updated: Jul 2

Oleh: Nur Atirah Alia Binti Zainal Abidin

Sesi taklimat kepada peserta mobiliti yang diketuai oleh Tun Amir Adlan, pengarah program


SINTOK - Program mobiliti merupakan inisiatif universiti yang penting yang dilaksanakan untuk mahasiswa memperluaskan perspektif global dalam kalangan mahasiswa. Program mobiliti ini dilaksanakan oleh universiti-universiti di seluruh dunia, university awam di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam bergiat aktif untuk mengadakan program mobiliti. Antara universiti yang bergiat aktif dalam melaksanakan program ini adalah Universiti Utara Malaysia (UUM).


Antara misi UUM adalah untuk mendidik pemimpin holistik untuk berbakti kepada komuniti global. Oleh itu, terdapat banyak program mobiliti yang dijalankan oleh mahasiswa UUM sama ada program mobiliti berkredit ataupun tidak berkredit. Terdapat dua jenis program mobiliti iaitu mobiliti inbound serta mobiliti outbound. Program mobiliti inbound merupakan program mobiliti di mana pelajar daripada luar negara datang ke institusi pendidikan di Malaysia manakala program mobiliti outbound pula merupakan program untuk pelajar lokal pergi ke institusi Pendidikan luar negara. Kedua-dua program ini mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memperluaskan jaringan dua hala antara kedua negara yang terlibat serta untuk menggilap bakat kepimpinan peringkat global dalam kalangan mahasiswa.


Ketibaan para peserta daripada Universitas Syiah Kuala (USK) di INASIS Petronas


Justeru, Inapan Siswa (INASIS) Petronas merupakan salah satu INASIS yang aktif dalam melaksanakan inisiatif mobiliti ini. INASIS Petronas telah menjalankan program mobiliti yang dinamakan Northern Student Leadership and Culture Summit 2024 2.0. Program ini merupakan program kolaborasi diantara INASIS Petronas dan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif yang bertemakan “mobiliti berbalik” di mana ia melibatkan kedua jenis mobiliti iaitu inbound serta outbound. Program ini dijalankan selama dua belas hari berturut-turut di mana sepuluh orang pelajar daripada Universitas Syiah Kuala (USK) daripada Acheh menetap di INASIS Petronas untuk program mobiliti inbound selama enam hari dan seterusnya sepuluh orang pelajar daripada UUM pergi ke USK untuk program mobiliti outbound selama enam hari.


Menurut pengarah program yang juga merupakan Biro Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa INASIS Petronas, Tun Amir Adlan, antara objektif program ini adalah untuk melahirkan pemimpin peringkat global sekaligus mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang ke 17 iaitu perkongsian untuk matlamat (Partnerships for The Goals). Program ini merupakan satu peluang untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepimpinan di peringkat antarabangsa. Hal ini penting untuk mahasiswa belajar tentang kepentingan kerjasama global dalam membentuk pemimpin yang holistik.


Aktiviti yang dijalankan sepanjang program mobiliti inbound

INASIS Petronas dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kuantitatif telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik untuk para peserta USK. Antaranya adalah terdapat satu sesi perkongsian oleh Persatuan Pelajar Antarabangsa (ISS) UUM di mana pelajar antarabangsa UUM menceritakan pengalaman serta kelebihan belajar di Malaysia. Kelebihannya adalah dapat mempelajari budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai tarian, dialek setiap negeri, serta makanan yang ada di Malaysia. Menyambung pelajaran di Malaysia merupakan satu peluang yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar antarabangsa tentang kepelbagaian budaya yang ada di negara lain. Tidak lupa juga sambutan yang baik daripada orang Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pelajar- pelajar antarabangsa UUM ini juga menggalakkan pelajar daripada USK untuk menyambung Ijazah Sarjana mereka di UUM.


Terdapat juga sesi perkongsian tentang bidang sains kuantitatif yang di kongsikan oleh Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC) UUM di mana pelajar daripada persatuan ini memberi pendedahan tentang cara pembelajaran sains kuantitatif di UUM. Mereka juga dapat bertukar pendapat tentang budaya antara kedua negara tentang budaya pembelajaran dalam bidang sains kuantitatif ini. Hal ini dapat memperluaskan perspektif dan pengalaman dalam bidang akademik mereka.


Program ini juga menitikberatkan tentang kepentingan kelestarian alam di mana aktiviti gotong-royong dijalankan melalui inisiatif Go Green SQS di Student Lounge INASIS Petronas dan di sekitar kawasan tasik universiti. Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar serta untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan.


Sesi temuramah bersama JKPS INASIS Petronas dan MPP SQS oleh penulis


“Saya berasa amat gembira kerana pihak Universitas Syiah Kuala memilih UUM untuk berkolaborasi bagi menjalankan program mobiliti inbound ini. Diharapkan program seperti ini masih dapat dijalankan oleh pelapis-pelapis saya pada masa akan datang,” ucap Majlis Perwakilan Pelajar SQS, Mohamed Yasin Mohamed Ketika ditemu ramah.


Oleh demikian, inisiatif program mobiliti ini dapat menggilap pemimpin peringkat global sekaligus dapat membina jaringan hubungan dua hala antara kedua universiti. Hal ini dapat memberi ruang untuk kerjasama lanjut antau kolaborasi antara UUM dan USK pada masa akan datang.



8 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page