PENGENALAN
Beluru News merupakan sebuah syarikat penerbitan berita korporat dengan fokus utama penyampaian berita yang berkualiti dan terkini. Beluru News terkenal dengan liputan berita yang komprehensif mengenai aktiviti, acara dan perkembangan di UUM serta inasis Petronas. Dengan dedikasi untuk menyediakan maklumat yang tepat dan relevan, Beluru News terus berusaha menjadi sumber utama bagi warga universiti dan komuniti sekitarnya.
OBJEKTIF KAMI
Untuk menyediakan pelbagai berita yang menarik dan berinformasi kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan untuk memupuk minat membaca dan meningkatkan pengetahuan audien.
VISI DAN MISI
VISI
​
Untuk menjadi sebuah organisasi berita yang berkredibiliti dan bertaraf antarabangsa untuk memupuk dunia yang lebih terhubung dan bermaklumat.
MISI
1. Untuk melaporkan berita yang boleh dipercayai, dengan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih.
2. Untuk mendidik dan melahirkan perasaan ingin tahu audien dengan menyediakan berita yang informatik.
3. Mengutamakan penyampaian analisis mendalam mengenai topik, khususnya yang berfokus pada pendidikan, keterlibatan dan inspirasi pelbagai dimensi.
SLOGAN : INOVASI, DEDIKASI, MOTIVASI
Untuk menyediakan pelbagai berita yang menarik dan berinformasi kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan untuk memupuk minat membaca dan meningkatkan pengetahuan audien.
INTERPRETASI LOGO
Logo Beluru News dihasilkan dalam bentuk bulatan untuk melambangkan keseluruhan, kesempurnaan dan persahabatan yang wujud dalam Beluru News. Pokok dalam bulatan tersebut menunjukkan Beluru News yang mesra alam selaras dengan warna tema kami iaitu warna hijau. Beluru News dinamakan sempena pokok sintok, di mana nama lain bagi pokok sintok adalah “akar beluru” atau “akar sintok”.