Oleh: Nurul Aina Binti Mohamad Zulkifli
Barisan VVIP yang turut hadir memeriahkan program
SINTOK- Seramai 200 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)menyertai program Bicara Kerjaya: Pendedahan Kepada Pelajar UUM Tentang Hala Tuju Dan Peluang Pekerjaan Masa Depan diadakan di Dewan Auditorium School of International Studies (SOIS) Universiti Utara Malaysia (UUM).
Program anjuran Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa INASIS PETRONAS bersama Kelab Sukan Rekreasi PETRONAS (KSRP).
Pihak McDonald’s Malaysia memberi tajaan sebanyak 200 pek Happy Meals kepada peserta yang menyertai program tersebut.
Panel penceramah yang terdiri daripada General Manager Global HR Partners Upstream Business, Encik Noor Ismail Jaafar, selebriti Pencetus Ummah, PU Rozi Harun dan Advocates and Solicitor at Shahirah Shaharuddin & Co and Businesswoman, Dr. Norshahirah Shahruddin yang merupakan ikon berjaya dalam bidang mereka.
Pengacara majlis sedang memulakan Program Bicara Kerjaya: Pendedahan Kepada Pelajar UUM Tentang Hala Tuju Dan Peluang Pekerjaan Masa Depan
Tujuan utama penganjuran program ini adalah sesi perkongsian pengalaman dan pengetahuan penceramah yang berjaya serta mewujudkan pengetahuan antara pelajar dan bidang kerjaya semasa.
Pengarah program, Mohammad Izwani berkata, tujuan program adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang kerjaya supaya pelajar lebih bersedia di alam kerjaya selepas tamat belajar.
“Saya berharap agar program Bicara Kerjaya: Pendedahan Kepada Pelajar Uum Tentang Hala Tuju Dan Peluang Pekerjaan Masa Depan dapat membantu para pelajar membuat keputusan yang baik, terutama dalam memilih laluan kerjaya”, ujar beliau.
General Manager Global HR Partners Upstream Business, Encik Noor Ismail Jaafar berkata, “kerjaya bukan sekadar pekerjaan, namun kerjaya adalah tentang memberi impak dalam industri dan memimpin dengan teladan”.
Sementara itu, selebriti Pencetus Ummah, PU Rozi Harun berkata, “nilai-nilai islam penting dalam kerjaya dan kehidupan serta memberi inspirasi kepada para pelajar untuk menggabungkan nilai-nilai ini dalam pengalaman kerjaya mereka."
Sesi fotografi barisan VVIP bersama para pelajar dan pihak INASIS PETRONAS
Hasil dari perkongsian yang disampaikan oleh penceramah Advocates and Solicitor at Shahirah Shaharuddin & Co and Businesswoman, Dr. Norshahirah Shahruddin menyatakan sebagai pelajar harus bersikap inovatif, kreatif dan kritis untuk berhadapan dengan dunia pekerjaan pada masa akan datang.Turut serta memeriahkan program, Pengetua INASIS PETRONAS, Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad.
Comentarios