Oleh: Sharifah Nur Qistina Bt Azman
Kemudahan bilik karaoke dan penggunaan alat permainan video PS5
SINTOK - Inapan Siswa atau dikenali sebagai Inasis Petronas mempunyai fasiliti Student Lounge yang terbaik berbanding dengan inasis yang lain dengan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah fasiliti hiburan untuk pelajar meluangkan masa dan melepaskan tekanan pelajaran.
'Student Lounge' yang memuatkan seramai 30 hingga 40 orang pelajar itu sesuai dan selesa untuk pelajar mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan bersama rakan dengan ruangnya yang sangat luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
'Student Lounge' yang beroperasi setiap hari pada pukul 8 pagi hingga 10 malam itu juga dilengkapi denga bilik karaoke, kelengkapan permainan snooker serta alat canggih permainan video PS5 yang sering menjadi perhatian utama pelajar Inasis Petronas dan juga mendapat kunjungan pelajar dari inasis lain.
”Kami berbesar hati menyatakan kelebihan student lounge kami yang dilengkapi dengan ruang rehat yang sangat luas, sejuk dan mempunyai permainan video seperti PS5 yang kami kategorikan sebagai ‘exclusive facility’ ,” kata Timbalan Exco Biro Kebajikan dan Keselamatan (BKK), Ahmad Zafran Azfar semalam.
Ruang rehat yang sangat luas serta dilengkapi penghawa dingin yang selesa
Penggunaan fasiliti hiburan dalam Student Lounge ini juga berbayar dan menjadi sumber pendapatan kepada BKK sebagai modal untuk penyelenggaraan serta ‘food bank’ dalam student lounge.
BKK Inasis Petronas juga melantik pelajar dari ‘On Campus Job’ untuk memastikan Student Lounge sentiasa terjaga dan dalam keadaan yang bersih.
”Umumnya, penyeliaan Student Lounge Petronas ini merupakan tanggungjawab biro kami. Jadi, sebelum adanya pelantikan ‘On Campus Job’, exco, timbalan exco serta ajk yang terlibat dalam memastikan student lounge berada dalam keadaan selesa, selamat dan bersih,” tambahnya lagi.
Pintu masuk Student Lounge Inasis Petronas
Tindakan sukarela daripada ahli jawatankuasa biro juga membantu memantau Student Lounge supaya berada dalam keadaan terjaga serta sentiasa mengadakan hubungan yang baik dengan pihak pejabat Inasis Petronas dan JPP UUM supaya segala tindakan penyeliaan student lounge ini sentiasa dalam keadaan tersedia.
“Kami juga mempunyai visi untuk memperkukuhkan lagi organisasi dalaman khususnya dalam urusan birokrasi supaya dapat mempelbagaikan lagi fasiliti yang moden yang memberikan kemudahan kepada pelajar serta pengguna student lounge kami,” katanya lagi.
Menurut beliau, usaha biro dalam memastikan student lounge ini sentiasa lengkap dengan kemudahan yang lain juga adalah dengan memaksimalkan keuntungan seperti jualan makanan dan minuman, serta penggunaan kemudahan seperti permainan video PS5.
Turut menambah, BKK juga sering mendapat maklum balas student lounge yang cukup memuaskan dengan penyediaan ruang yang sangat luas, penghawa dingin yang memberikan suasana yang kondusif kepada pengguna.
Terdahulu, turut berlangsung juga beberapa program yang menggunakan fasiliti Student Lounge Inasis Petronas ini seperti Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena ambang tahun baru 2024, serta Program Derma Darah.
Comments