top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Pengusaha Aiskrim Inasis Petronas: Keterampilan Dan Ketekunan Puan Nurasikin Dibalas Dengan Perniagaan Berjaya

Updated: Jul 1

Oleh: Mah Poh Ching

Terdapat beberapa pelajar di Inasis Petronas datang membeli aiskrim di gerai Champion ABC


SINTOK - “Memulakan perniagaan bukanlah perkara mudah, terutama apabila mempunyai  sumber modal yang terhad.” Kata Puan Norashikin Abd Rashid pada permulaan sesi temu bual semalam tadi. 


Puan Norashikin Abd Rashid, berumur dalam lingkungan 40-an, beliau merupakan pemilik  gerai Champion ABC Aiskrim yang berniaga selama dua tahun lebih di café Inasis  Petronas. Beliau pernah bekerja dalam industri aeroangkasa selama 17 tahun sebelum  menceburi perniagaan aiskrim di Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia (UUM). 


Beliau juga berkongsi pengalaman tentang beliau menceburi bidang keushawanan iaitu dalam  perniagaan aiskrim. Beliau berkata bahawa amat teruja dengan perjalanan ini dan beliau telah  biasa dengan segala proses perniagaan yang dibangunkan oleh beliau sendiri. 


“Pada mulanya, saya memulakan perniagaan aiskrim di dalam Inasis Petronas disebabkan bapa  saya tidak sihat, Saya bercadang membuka perniagaan sendiri untuk menambah pendapatan di samping itu saya juga dapat menjaga ayah saya yang sakit.” ulas Puan Norashikin.


Seterusnya, Puan Norashikin mengatakan bahawa beliau menggunakan modal yang kecil iaitu  mengeluarkan simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan ini. Oleh itu, beliau telah berjaya  membuka gerai Champion ABC Aiskrim dan menetap di Inasis Petronas, Univeristi Utara  Malaysia (UUM). 


Beliau telah menyatakan bahawa perniagaan gerai Champion ABC Aiskrim Inasis Petronas  dimulakan dengan menjual ABC iaitu ais kacang dan soft aiskrim. Perniagaan ini telah  didaftarkan di bawah Azizi Enterprise pada tahun 2021. 


Menjalang tahun 2022, perniagaan Champion ABC Aiskrim Inasis Petronas telah berjaya  kepada peningkatan produk mereka dan menarik perhatian ramai pelajar UUM untuk  menikmati produknya.


Pemilik gerai Champion ABC Aiskrim Inasis Petronas, Norashikin Abd Rashid


Puan Norashikin menyatakan bahawa soft aiskrim merupakan buatan sendiri tanpa membeli  dengan orang lain. Mereka telah belajar teknik menghasilkan soft aiskrim melalui kursus di  kolej komuniti. Menurut Puan Norashikin, mereka telah menggunakan bahan-bahan yang  serupa dengan bahan yang digunakan oleh Baskin Robbins dengan kos yang lebih rendah. 


Bagi menghasilkan soft aiskrim yang berkualiti dan berpatutan, beliau telah mengatakan  bahawa mendapatkan bahan mentah yang berpatutan adalah penting. Beliau sentiasa mencari  harga terbaik tanpa menjejaskan kualiti produk yang dihasilkannya. 


Beliau juga menjelaskan bahawa pendekatan ini membolehkan mereka menawarkan produk  yang terbaik tetapi harga berpatutan kepada pelajar UUM. 


“Pembuatan soft aiskrim melibatkan pelbagai bahan seperti gula perang sebagai bahan utama  dalam penghasilannya.” Kata Puan Norashikin. Mereka juga memastikan bahan-bahan  tersebut adalah kos efektif tetapi berkualiti tinggi. 


Puan Norashikin juga bertambah mereka juga telah menghasilkan produk minuman yang  paling terhangat dalam kalangan pelajar UUM iaitu Thai Green Tea pada tahun ini. Beliau juga  mengatakan bahawa ramai pelajar UUM dari laluan inasis lain amat gemar datang mengunjungi  gerai Puan Norashikin disebabkan air minuman ini.


Soft aiskrim dan Thai Green Tea


Beliau menyatakan bahawa ramai pelajar UUM telah memberi banyak komen positif seperti  apabila cuaca panas, ais batu dalam air minuman Thai Green Tea telahpun cair, gerai akan  menambah ais batu lagi untuk memenuhi permintaan mereka.


Ada terdapat juga dalam kalangan pelajar UUM gemar makan soft aiskrim yang berperisa  vanila disebabkan kebanyakan mereka merasa sedap dimakan dan licin. 


Di samping itu, beliau berkongsi tentang cara mengekalkan kualiti produk gerainya. Beliau telah mengatakan bahawa beliau hanya mengupah pekerja yang teliti dan mementingkan kebersihan dalam penyediaan aiskrim dan produk makanan lain.  


Hal ini disebabkan beliau ingin memastikan aiskrim yang dihasilkan adalah selamat dan  berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka. 


Beliau juga mempromosikan perniagaan gerai aiskrim dengan menggunakan platform media  sosial seperti Facebook untuk berhubung dengan pelanggan dan mempromosikan produk  mereka. Selain itu, mereka turut menyertai acara-acara tempatan untuk meningkatkan  keterlihatan dan jangkauan mereka. 


Pada pandangan Puan Norashikin, beliau bercadang untuk memperkenalkan perisa baru dan  berusaha mengembangkan produk mereka. Mereka juga sentiasa peka dalam melakukan  penyelidikan dan bereksperimen dengan idea-idea baru untuk memastikan pelanggan  terutamanya pelajar UUM teruja dan berpuas hati. 


Puan Norashikin juga memberikan nasihat kepada para pemuda yang ingin memulakan  perniagaan. Beliau berharap sesorang individu sentiasa bersikap fleksibel dan sentiasa  mendengar permintaan pelanggan. Individu juga hendaklah memahami keutamaan pelanggan  dan bersedia untuk berinovasi berdasarkan maklum balas pelanggan.  


Akhir kata Puan Norashikin pula, “yang paling utama sekali dalam mencapai kejayaan adalah  seseorang usahawanan perlulah sentiasa mengikuti trend dan mengekalkan kualiti."























19 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentarer


bottom of page