top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Pengasas ‘HAENBOG’ Kafe Kongsi Tips Perniagaan

Updated: Jul 2

 Oleh: Yushazniena Hazrinie Binti Mat Aali

Sesi bual bicara yang berlangsung dengan pengasas Haenbog Kafe sempena PBU 2024


SINTOK – Bicara santai bersama usahawan berjaya diadakan baru-baru ini sebagai salah satu program di bawah Pesta Buku Utara ke-24 di Pentas Utama PBU’24, Universiti Utara Malaysia.


Program anjuran Kelab Rakan Siswa Yadim adalah satu platform bagi para pelajar mencari pengalaman serta ilmu perniagaan daripada pengusaha ‘Haenbog Kafe’ yang menjual pelbagai makanan korea kepada masyarakat Jitra.


Menurut Pengarah Program, Nurin Nazilah, sesi perbincangan bersama Wan Ilisiema Zakirah Binti Nusi memberi peluang keemasan kepada pelajar yang mempunyai perniagaan sendiri untuk berinteraksi dengan tokoh usahawan yang berjaya menubuhkan jenamanya sendiri.

“Kehadiran pengasas Haenbog Kafe sangat memberi manfaat kepada pelajar yang berminat untuk meluaskan perniagaan mereka sendiri dengan berkongsi pelbagai tips yang mampu membantu pelajar”, jelas beliau.


Penceramah berkongsi ilmu dalam mencari peluang untuk meluaskan perniagaan memerlukan semangat yang tidak putus dan perlu berani untuk mencuba.

Tambahan juga, beliau menegaskan untuk kekal berfikiran positif walaupun berada dalam keadaan yang susah.


 Pengarah Program serta ahli jawatankuasa tertinggi bersama tetamu jemputan


“Jika ingin memulakan perniagaan perkara yang perlu dibuang adalah perasaan malu dan takut untuk bertanya, malu dan takut untuk mencuba”, kata Pengasas Haenbog Kafe itu.


Beliau berkongsi akan pengalaman yang terpaksa mengeluarkan wang simpananya untuk memulakan bisnes makanan yang diinspirasikan oleh bisnes makanan korea yang terkenal seperti Kfry. Permulaan bisnes beliau hanyalah di rumah dan belum dikenali ramai. Melalui aplikasi TikTok, beliau berjaya mempromosikan bisnesnya dengan maju dan mendapat sambutan ramai.


“Program ini sangat memberi motivasi dan semangat untuk saya terus meluaskan perniagaan sendiri dengan syarat untuk berani mencuba dan tidak takut gagal”, jelas Hamizah sebagai salah seorang peserta program ini.


Program anjuran kolaborasi dari Kelab Rakan Siswa Yadim bersama UUM PRESS ini telah memanfaatkan peserta dan berjaya mencapai objektif mereka untuk membantu pelajar yang berminat dalam perniagaan.


Pengarah Program turut melafazkan kata puas hati atas kerjasama daripada peserta dan juga rakan-rakan ahli jawatankuasa-nya yang telah berjaya melancarkan perjalanan program ini.



4 views0 comments

Comments


bottom of page