top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Pelayaran Kepimpinan Interkontinental Ke Australia: Teroka Peluang Baru Dalam Kepimpinan Global

Updated: Jul 2

Oleh: Tio Hui Jing

Poster program Intercontinental Leadership Voyage to Australia


SINTOK – Bersempena dengan Tahun Melawat Universiti Utara Malaysia (UUM) 2024, Inasis Petronas akan menganjurkan program istimewa “Intercontinental Leadership Voyage to Australia” pada 18 hingga 26 Ogos 2024.


Program mobiliti antarabangsa ini melibatkan ramai pihak seperti UUM, Inasis Petronas, School of Quantitative Sciences (SQS), Malaysia Embassy Melbourne, University of Melbourne, Monash University dan Melbourne RMIT University. Program ini terbuka kepada semua pelajar UUM dan keutamaan diberikan kepada pelajar Inasis Petronas, pelajar SQS dan pelajar golongan B40.


Program yang akan datang ini akan berlangsung di tiga buah universiti.


Menurut Pengarah Program, Saudari Ardina Putri Syafeera, program ini diadakan kerana ia dapat meningkatkan “softskills” dan “hardskills” bagi pelajar UUM.


“Program ini diadakan kerana ia mampu melonjakkan nama UUM ke persada dunia, kerana setiap program yang dirangka akan meningkatkan keterlihatan UUM.


“Program Intercontinental Leadership Voyage to Australia ini juga dapat mengukuhkan hubungan, pertukaran budaya, kepimpinan dan kebajikan antara pelajar UUM dan Sydney University, Melbourne University, Australia,” ujarnya lagi.


        Antara aktiviti yang akan dijalankan ketika di Melbourne ialah “Melbourne Tour” di mana para peserta dibawa melawat tempat-tempat menarik di Melbourne.


Ketika di University of Melbourne pula, aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti Intercontinental Leadership Voyage to Australia, Benchmarking of Melbourne University, Conference of Leadership UUM, Dialogue with Student Organizations of Melbourne University, Program Mental Health & Wellbeing, Feed the Homeless, Old is Gold, dan Experience Sharing in Volunteering.


Para peserta akan turut menyertai Great Ocean Road Tour di mana mereka dibawa untuk melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik.


Peserta turut dibawa ke Malaysia Hall untuk sertai sesi perkongsian pelajar bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Australia.


Di Monash University, peserta akan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh UUM seperti Intercontinental Leadership Voyage to Australia, Benchmarking of Monash University, Conference of Leadership UUM-Monash University, Dialogue with Student Organizations of Monash University dan Program Mental Health & Wellbeing.

Pengetua Inasis Petronas, Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad

“Saya berharap agar pihak pengurusan UUM dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar UUM untuk mengadakan program mobiliti ke negara-negara Eropah. Ini kerana ia akan memberikan pendedahan kepada bakat-bakat yang dimiliki di UUM agar dapat berkhidmat di negara mereka walaupun pelajar kita hanya diberikan pendedahan sistem pendidikan dalam negara Malaysia sahaja,” kata Pengetua Inasis Petronas, Encik Muhammad Noor Fitri Ahmad secara optimistik.


Program mobiliti antarabangsa anjuran Inasis Petronas bukan sahaja dapat mendedahkan pelajar pengalaman baharu, tetapi juga membuka minda pelajar tentang kehidupan di luar negara.



0 views0 comments

Comments


bottom of page