top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Manfaat Sertai Program JKPS Inasis Petronas UUM

Updated: Jul 1

Oleh: Nur A'isyah Roskarbani

Bergambar bersama presiden JKPS Inasis Petronas sesi 2023/2024 selepas sesi temu ramah


SINTOK - Jawatankuasa Pembangunan Siswa atau lebih terkenal disebut sebagai JKPS merupakan satu kumpulan badan pelajar yang membantu felo setiap kolej Inapan Siswa (Inasis) di Universiti Utara Malaysia mengurus seluruh pelajar di setiap kolej inapan tersebut. 


Sebanyak 15 buah kolej inapan siswa di Universiti Utara Malaysia ini yang mempunyai badan JKPS ini, Inapan siswa Petronas juga tidak terkecuali. Di inasis Petronas, Jawatankuasa pembangunan pelajar dikenali dengan JawatanKuasa Pembangunan Siswa, Residen Siswa & Ketua Blok (JKPSRSKB). 


JKPS inasis Petronas terbahagi kepada Majlis tertinggi yang terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Lima jawatan ini merupakan jawatan tertinggi dalam badan JKPS di Inasis Petronas. Selepas majlis tertinggi, JKPS Inasis Petronas juga terdiri dari lapan exco.


Exco pertama adalah exco akademik dan latihan, dimana exco ini mengendalikan program atau hal ehwal pelajar tertumpu mengenai akademik. Exco kedua pula adalah keusahawanan dan kepimpinan. Lazimnya  exco ini akan mengendalikan program keusahawanan seperti Karnival Pesta Anak Utaqa yang diadakan baru-baru ini.


Exco ketiga adalah Informasi dan penerbitan. Dimana exco ini bertanggungjawab untuk menyampaikan informasi terkini mengenai apa sahaja hal  ehwal pelajar yang berkaitan dengan Inasis Petronas. Exco keempat pula adalah Komuniti, Integrasi & Antarabangsa. Exco ini ditugaskan untuk mengendalikan perkara yang berkaitan dengan pelajar antarabangsa dan juga mengadakan program berunsurkan antarabangsa oleh kerana UUM juga merupakan Universiti awam Malaysia yang mengambil pelajar antarabangsa sebagai mahasiswa mereka.


Exco kelima adalah Kerohanian dan Sahsiah, yang mengendalikan urusan berkaitan dengan keagamaan dan tingkah laku moral pelajar.  Exco keenam adalah Kesenian & Kebudayaan. Exco ketujuh adalah exco Sukan & Rekreasi dan yang terakhir adalah exco Kebajikan & Keselamatan.  Kesemua exco ini,  masing-masing mempunyai ketua exco dan timbalan exco. 


Sedikit kelainan tentang inasis Petronas ini, mereka bukan sahaja mempunyai JKPS, malah terdapat juga Residen Siswa dan Ketua blok bagi setiap blok kolej ini.


Berdasarkan sesi temu ramah antara pihak kami dengan presiden JKPS Inasis Petronas, saudara Muhammad Asyraf Sebagai Presiden JKPS Inasis Petronas di Universiti Utara Malaysia (UUM), beliau berkata “...saya dengan bangga dapat menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JKPS Inasis Petronas telah memberikan impak positif yang signifikan kepada pelajar dan komuniti universiti.”


Menurut saudara Asyraf, antara impak positifnya adalah dari segi peningkatan kemahiran kepimpinan. Pelajar yang menyertai seminar dan bengkel kepimpinan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kemahiran memimpin. Mereka kini lebih yakin dan berupaya untuk memimpin pelbagai kegiatan kampus dan projek komuniti. Ini mencerminkan peningkatan dalam keyakinan diri dan kebolehan pengurusan mereka.


Dari segi pembangunan sahsiah dan kemahiran interpersonal pula, melalui bengkel kemahiran interpersonal dan pengurusan masa, pelajar telah memperbaiki kemahiran komunikasi mereka serta cara mengurus tekanan dan masa dengan lebih berkesan. Ini bukan sahaja membantu dalam kehidupan akademik tetapi juga dalam interaksi harian mereka.


Program-program khidmat masyarakat, seperti "Bakti Siswa", telah meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab sosial mereka. Aktiviti-aktiviti ini membantu memupuk nilai empati, kerjasama, dan komitmen terhadap pembangunan komuniti di kalangan pelajar.


Melalui penganjuran seminar yang melibatkan tokoh-tokoh korporat dan alumni UUM, pelajar berpeluang untuk membina jaringan profesional yang kuat. Ini memberikan mereka akses kepada bimbingan, nasihat, dan peluang kerjaya yang lebih baik di masa hadapan.


Enganugerahan seperti Anugerah Kepimpinan Pelajar Terbaik telah memberikan motivasi yang besar kepada pelajar untuk terus terlibat dan cemerlang dalam aktiviti JKPS. Pengiktirafan ini juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk mengambil bahagian dan berusaha mencapai kecemerlangan.


Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh JKPS Inasis Petronas telah membantu mewujudkan suasana kampus yang lebih inklusif dan dinamik. Pelajar dari pelbagai latar belakang berinteraksi dan bekerjasama, yang memperkaya pengalaman kehidupan kampus mereka dan memperkukuh semangat kesatuan.


Aktiviti kebajikan seperti lawatan ke rumah anak yatim dan kempen derma darah telah meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan pelajar. Ini bukan sahaja memberi impak positif kepada komuniti setempat tetapi juga membantu membentuk sahsiah dan karakter pelajar sebagai individu yang bertanggungjawab dan prihatin.


Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JKPS Inasis Petronas telah memberikan sumbangan yang besar dalam membentuk pelajar yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, dan bertanggungjawab sosial. Kami berbangga dengan pencapaian ini dan komited untuk terus memperkasa pelajar UUM dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.


“Saya berharap anak-anak buah saya,  JKPSRSKB  Inasis Petronas pada sesi ini akan terus memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain bagi memastikan segala urusan dan program  berkenaan pelajar Inasis Petronas dapat berjalan lancar, begitu juga dengan sokongan dari pelajar yang sentiasa melibatkan diri dalam semua program yang kami anjurkan ” ujar presiden JKPS Petronas, Muhammad Asyraf.


Pelajar inasis Petronas yang mengikuti program solat dan doa hajat 


















5 views0 comments

Comments


bottom of page