top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Mahasiswa UUM Perkasa Pelajar

Updated: Jul 1

Oleh:Yushazniena Hazrinir Binti Mat Ali

Sesi perkenalan diri bersama pelajar madrasah


SINTOK- Bagi mempersiapkan diri sebagai individu yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk masa depan, sekumpulan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil inisiatif mengadakan aktitivi khidmat masyarakat di SMA Nahdhah Hasanah, Kodiang, Kedah. Dibawah usaha The Institute of Public Relations Malaysia Student Association (IPRMSA), program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) cawangan Kedah, dan juga pihak SurfFix baru-baru ini.


Kini, graduan perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Graduan perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan perlu mengadaptasikan diri mereka dengan cepat dalam pelbagai situasi.


Keunikan dan kemahiran tambahan mahasiswa perlu dipertingkatkan sebelum mereka bergelar graduan UUM. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan salah satunya adalah melalui program yang melibatkan komuniti.


Program tanggungjawab sosial korporat (CSR), amat digalakkan untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar. 


Program ‘Harmoni Kasih: Membina bersama Madrasah’ yang disertai dua puluh sembilan orang mahasiswa dari pelbagai latar belakang pendidikan UUM berjaya menaburkan bakti kepada hampir seratus lima puluh orang pelajar madrasah tempatan.


Pengarah Program, Sahira Rusydina berkata, aktiviti khidmat masyarakat ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan ahli kelab bersama masyarakat mengadakan sesi motivasi kepada pelajar madrasah untuk mengejar impian mereka.


“Aktiviti yang dijalankan bukan sekadar menyeronokkan tetapi juga mampu mewujudkan hubungan dan interaksi yang diperlukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu untuk memberi semangat dan juga untuk mengajar nilai hidup bersama masyarakat kepada mahasiswa UUM yang datang dari pelbagai latar masyarakat berbeza”, kata Pengarah Program.


Pelajar perempuan yang bersemangat selepas mengalahkan pelajar lelaki semasa aktiviti sorakan


“Idea menganjurkan program ini muncul apabila pihak pengurusan universiti mewajibkan untuk setiap kelab mengadakan servis komuniti sekurang-kurangnya dua kali dan juga cadangan daripada penasihat kelab kami yang kerap memberi peluang kepada kami menjayakan rancangan ini”, kata Presiden Kelab IPRMSA, Ameerah Farihah.


“Keperluan program seperti ini perlu kerap dijalankan lagi apabila interaksi yang wujud antara mahasiswa dan pelajar madrasah adalah satu keperluan untuk membentuk identiti dan sifat terpuji dalam mahasiswa. Tambahan pula, aktivti luar kampus ini mampu memberi peluang kepada mahasiswa ini masa untuk berehat dari tekanan belajar,” tegasnya.


“Program ini adalah satu peluang yang perlu direbut oleh mahasiswa UUM untuk memudahkan peluang kerjaya mereka. Hubungan antara masyarakat bersama UUM juga dapat dijalinkan dengan lebih akrab lagi atas bantuan mereka. Program ini diharapkan mampu memberi pengajaran kepada mereka dari segi pengurusan dalam ahli jawatankuasa, kerjasama menjalankan aktiviti, cara berkomunikasi dan banyak lagi untuk mempersiapkan diri mereka menempuhi alam pekerjaan.


Penasihat IPRMSA, Nursafwah Tugiman bersama tetamu jemputan serta pihak madrasah

(dua dari kiri)


“Kehidupan selepas tamat belajar amat memerlukan graduan yang bukan sahaja mempunyai keputusan cemerlang tetapi juga dilihat dari segi penglibatan mereka dalam aktiviti luar kampus. Kemahiran menguruskan program ini akan memanfaatkan ahli jawatankuasa yang terlibat sebagai persedian persediaan untuk memohon pekerjaan kelak”, ujar Penasihat Kelab, Dr. NurSafwah Tugiman.


Kehadiran Ustazah Nailah Binti Mohd Jabil Sadiqi sebagai Timbalan Pengetua, Encik Mohd Shafizal Bin Mohamad Safee, Pengerusi MAYC Kedah, Encik Muhammad Aiman Hamdi, Exco MAYC Kebangsaan dan juga Cik Nur Nadhirah sebagai wakil CEO SurfFix telah memeriahkan lagi majlis ini.


“Aktiviti yang dijalankan seperti permainan ping-pong di dalam gelas, gula-gula di dalam tepung serta straw ke dalam botol  meningkatkan semangat kerjasama kumpulan dalam kalangan pelajar. Situasi ini dilihat secara kasar mungkin adalah perkara biasa, namun ia akan berlaku dan semua akan mengalami situasi itu tetapi berlainan konteks apabila tiba masanya.


“Pentingnya semangat ini untuk diterapkan dalam diri pelajar madrasah supaya mereka mampu untuk mereka kekal bersemangat dalam apa keadaan”, jelas Pengerusi MAYC.


Program CSR bersama kehadiran mahasiswa bersama pelajar madrasah telah mencetuskan hubungan persahabatan yang tidak diduga. Hasrat untuk menjalinkan hubungan harmoni masyarakat dan mahasiswa demi kepentingan masa depan yang cemerlang telah berjaya.











13 views0 comments

Comments


bottom of page