top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Jom Fit Petronas - Amalan Gaya Hidup Sihat

Updated: Jul 1

Oleh: Mah Poh Ching

Sebilangan peserta sedang menari Aerodance di Dataran Ilmu Petronas


SINTOK- Seramai 60 orang peserta dari Inasis Petronas bersama dengan staff-staff Inasis Petronas telah menjayakan program Jom Fit di Dataran Ilmu Petronas baru-baru ini.


Program Jom Fit ini diadakan dengan penglibatan Pusat Sukan Universiti Utara Malayia (UUM) dengan kerjasama Inasis Petronas.


Menurut Pengarah program Jom Fit, Yeoh Xing Ru, aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut  iaitu Aerodance. Aktiviti Aerodance ini telah berlangsung selama 4 jam pada hari tersebut dan mendapat respond yang aktif daripada peserta dan staff Inasis Petronas.


Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti Aerodance tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak dalam Universiti Utara Malaysia(UUM). Oleh itu, tujuan pihak Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia(UUM) mengadakan kerjasama dengan pihak biro kesukanan Inasis Petronas adalah untuk mewujudkan satu amalan gaya hidup sihat dengan memperkenalkan budaya menari Aerodance dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) .


Dalam program ini, terdapat seorang wakil dari pihak Pusat Sukan Univeristi Utara Malaysia(UUM), iaitu Encik Firdaus, merupakan seorang pegawai belia dan sukan kanan UUM bagi pihak Pusat Sukan Univeristi Utara Malaysia(UUM), telah menghadiri program Jom Fit ini.


Encik Firdaus telah memberi ucapan ringkas sebelum aktiviti Aerodance bermula. Beliau telah menasihati pelajar UUM supaya sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan seimbang, bersenam atau berjogging apabila mempunyai masa lapang.


Selain melakukan aktiviti Aerodance, para peserta dan staff Inasis Petronas juga mengambil peluang untuk mengenali sesama antara lain. Terdapat seorang peserta daripada Inasis Petronas telah  berkongsi satu peristiwa yang menarik dengan Pengarah program, iaitu Yeoh Xing Ru, selepas program ini.


Pengarah program, Yeoh Xing Ru berkata, “  terdapat sebilangan pelajar lelaki menari di depan pentas dengan penuh semangat, sehingga berjaya mempengaruhi semua peserta di Dataran Ilmu Petronas menari dengan suasana yang gembira dan meriah.


Pengarah program Jom Fit, Yeoh Xing Ru juga melibatkan diri dalam aktiviti Aerodance 


Di samping itu, para peserta diberikan pek makanan dan air minuman oleh Ahli Jawatankuasa program ini selepas tamat aktiviti Aerodance.


Program Jom Fit Inasis Petronas ini telah memberi impak positif kepada seluruh warga pelajar UUM terutamanya dalam menerapkan konsep amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersenam.


Di sampimg itu, semua pelajar UUM telah banyak belajar teknik-teknik bersenam yang dapat membantu mereka mengekalkan satu tubuh badan yang sihat serta mengamalkan kehidupan yang sihat dan Sejahtera.


“Saya berharap agar program seperti ini boleh dijalankan dengan kerap dan juga bilangan pelajar yang lebih banyak terlibat dalam program tersebut supaya kesihatan badan ditingkatkan dari semasa ke semasa.”Pengarah program, Yeoh Xing Ru akhir berkata.














3 views0 comments

Comments


bottom of page