top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Inisiatif CSR "Hutan Kembali Hijau" Tumpu Penanaman Pokok Paya Bakau

Updated: Jul 1

Oleh: Amni Farhana binti Rosli

Proses penanaman benih pokok paya bakau perasmian program oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah


JITRA – Hutan Kembali Hijau (CSR Paya Bakau) merupakan sebuah program CSR yang diadakan hasil daripada kolaborasi di antara Inasis Petronas Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama dengan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

 

Program ini telah berlangsung pada 27 April 2024 di Hutan Simpan Merbok di Jitra, Kedah.

 

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menyuarakan keinginan mereka untuk berkolaborasi dengan pihak universiti bagi menjayakan CSR Pokok Paya Bakau.

 

Menurut pengarah program Nur Wani Kamilia, projek ini dilaksanakan untuk mencapai hasrat mereka dan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk berkolaborasi dengan masyarakat setempat dan dalam masa yang sama memupuk semangat cintakan hutan.

 

Sebanyak 300 benih pokok paya bakau berjaya ditanam oleh lebih kurang 120 orang pelajar dari UUM, UNIMAP dan MASKUM yang menyertai program tanggungjawab sosial bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menanam pokok paya bakau di Hutan Simpan Merbok, Jitra, Kedah.


  Perasmian program oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah


Sebanyak tiga buah bas telah digunakan untuk membawa semua peserta.


“Pendedahan yang bermanfaat daripada program ini telah memberikan ilmu baharu kepada para pelajar dari UUM, UNIMAP dan MASKUM seperti cara menanam pokok paya bakau dan manfaat-manfaat daripada pokok paya bakau itu sendiri,” kata pengarah bersama Hutan Kembali Hijau (CSR Paya Bakau) dan juga selaku Exco Biro Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa Inasis Petronas, UUM, Tun Amir Adlan.


Antara pelajar yang terlibat dengan program Hutan Kembali Hijau

6 views0 comments

Σχόλια


bottom of page