top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Inasis Petronas: Pupuk Semangat Integrasi Di Kem Musim Sejuk Muslim Korea 2024

Updated: Jul 2

Oleh: Siti Zubaidah Binti Abdul Manaf

Aktiviti menulis kaligrafi khat di Booth Cultural Exchange yang diadakan di perkarangan Masjid Seoul.


SINTOK – Inasis Petronas berjaya mengadakan program ‘International Mobility Delegation of UUM to the Republic Korea 2024’ selama lapan hari baru-baru ini. Bersempena dengan aktiviti antarabangsa tersebut, program ‘Korean Muslim Winter Camp 2024’ telah diadakandi Masjid Seoul pada hari kelima.


Kerjasama badan-badan NGO seperti Myfundaction, KMF Korea Muslim Federation serta pihak Masjid Seoul yang turut sama mengembleng tenaga dalam tanggungjawab sosial ini.


Menurut Pengarah Program, Muhammad Asyraf Bin Mohd Fazil yang juga merupakan Presiden Inasis Petronas, program ini mampu memupuk integrasi budaya dan persefahaman antara masyarakat mualaf Korea dan muslim.


“Program ini juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran bagi pertumbuhan rohani dan pendidikan agama yang selaras, walaupun dalam suasana kem musim sejuk,” jelas beliau lagi.


Seramai 66 orang sukarelawan yang dapat dikumpulkan dengan gabungan diantara pelajar Inasis Petronas, pihak NGO serta beberapa orang pelajar Malaysia yang menuntut di Korea seperti Korea Universiti, Yonsei Universiti, Inha Universiti dan Sungkyunwan Universiti.


Aktiviti pertama yang dijalankan ialah mengadakan ‘Booth Cultural Exchange’ di perkarangan Masjid Seoul, antaranya seperti melukis batik, kaligrafi khat, menyusun ayat- ayat Al-Quran dan tadabbur ayat-ayat.


Aktiviti menyusun ayat Al-Quran bersama MyFundaction, Korea Muslim Federation (KMF)

dan pelajar Inasis Petronas


Program ini diteruskan dengan perkongsian pengalaman ramadhan oleh saudara Nasir Seong, menjalani ibadat puasa bagi kebanyakan saudara baharu atau mualaf pastinya mencabar.

"Namun puasa banyak mengajar saya erti sabar dan bukan sekadar menahan lapar dahaga, tapi niat kena betul dan disiplin yang paling penting," ulas beliau.

Program ini juga disertakan dengan aktiviti membuat tasbih DIY bersama pelajar sekolah rendah di Seoul yang dikendalikan oleh pasukan Kaffah Kids, Cikgu Tazmahal dan Dr. Aimi.


Turut hadir memeriahkan program ‘Korean Muslim Winter Camp 2024’ ialah Encik Muadz Bin Ahmad Nazri selaku wakil MyFundaction, Encik Ahmad Fahreen Bin Qusyairi, ketua projek ‘Ramadhan Haengbok Korean Muslim 2024’ dan Dr. Khairina Binti Muhammad Husin, Pensyarah Universiti Utara Malaysia selaku pengiring lawatan pelajar Inasis Petronas.


Di samping itu, program ini mendapat sambutan yang baik bukan sahaja daripada pihak NGO, masyarakat mualaf korea, namun para pelajar di Korea juga turut hadir menjadi sukarelawan dan peserta untuk setiap program yang diadakan.


Program ini juga turut meningkatkan imej Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia sebagai inasis terkemuka kerana kerjasama antarabangsa yang dijalankan ini berjalan dengan jayanya.


Sukarelawan yang hadir antaranya pihak MyFundaction, Korea Muslim Federation (KMF), pelajar Inasis Petronas dan pelajar university Korea

4 views0 comments

Comments


bottom of page