Oleh: Nur Atirah Alia Binti Zainal Abidin
Dekan Hal Ehwal Pelajar menyampaikan cenderahati kepada panel jemputan
SINTOK – Seramai 60 orang pelajar telah menyertai program forum Kepimpinan dan Kesukarelawanan: Membina Masyarakat Melalui Tindakan yang telah dianjurkan oleh INASIS Petronas pada 25 April 2024.
Program ini juga telah disertai oleh persatuan sukarelawan daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dikenali sebagai UniMAP Volunteers Club (UVoc) dan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) UUM.
Panel jemputan untuk program ini adalah pengasas dan presiden MyHope Hero, Nadia Rahmat. MyHope Hero merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan kerja-kerja kemanusiaan serta kesukarelawanan.
“Saya berhasrat untuk menjayakan program seperti ini lagi kepada universiti-universiti di Malaysia ini untuk mendedahkan aktiviti kesukarelawanan agar dapat melahirkan pemimpin yang mempunyai semangat sukarelawanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa,” kata Nadia Rahmat.
Menurut pengarah program Tun Amir Adlan, program ini merupakan program yang ingin mencapai Sustainable Development Goals (SDG) yang ke 17 iaitu Partnerships for The Goals. Program ini berjaya mencapai SDG tersebut kerana kerjasama bersama UniMAP terjalin melalui program ini.
Antara aktiviti program ini adalah peserta perlu mencipta idea tentang program kesukarelawanan yang dapat mencapai SDG dalam berkumpulan.
Nadia Rahmat juga telah mengongsikan pengalamannya semasa menjadi sukarelawan membantu mangsa-mangsa Gaza, Palestin.
Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Massudi yang juga menyertai program ini berkata “Program ini merupakan inisiatif yang bagus di mana dapat memupuk semangat kesukarelawanan serta mendedahkan nilai kepimpinan. Hasrat saya, program ini perlu dijalankan pada setiap tahun agar pelajar UUM dapat menerapkan nilai-nilai tersebut.
Panel jemputan mengongsikan pengalamannya sepanjang menjadi sukarelawan
Comments