top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Ekspo Kerjaya Pesta Anak Utaqa (UUM)

Updated: Jul 2

Oleh: Tang Yvonne

Panel jemputan industri yang bersedia untuk menjawab soalan pelajar


SINTOK – Pada tahun 2022, dilaporkan seramai 29,000 graduan masih belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian. Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu berdasarkan data rasmi sistem kajian pengesanan graduan.


Menurut beliau lagi, jumlah graduan pada tahun 2021  yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian adalah seramai 41,467 atau 14.5 peratus. Hal ini berpunca daripada majikan yang keberatan memberikan peluang kepada graduan baharu kerana kekurangan kemahiran tambahan seperti kemahiran insaniah dan profesional yang diperlukan untuk melaksanakan tugas selari dengan tuntutan dan perubahan semasa.


Sehubungan itu, baru-baru ini, Inasis Petronas telah menganjurkan sebuah program ekspo kerjaya semperna Pesta Anak Utaqa, UUM. Penganjuran ekspo kerjaya ini mendapat kolaborasi daripada Prudential BSN, Great Eastern, dan RHB. Ekspo ini diadakan di ‘student lounge’ Inasis Petronas yang dijalankan selama dua hari iaitu 25 hingga 26 April. 


Suasana ekspo kerjaya di ‘Student Lounge’ Inasis Petronas UUM


Ekspo kerjaya adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memudahkan para pelajar berhubung dengan majikan dalam pelbagai sektor. Ekspo kerjaya turut dapat membantu para pelajar yang ingin mencari peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan dan meningkatkan kemahiran serta juga memperluaskan rangkaian profesional para pelajar, kata Pengetua Inasis Siswa Petronas,  Encik Muhammad Noor Fitri bin Ahmad. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang untuk mendapatkan konsultasi berkaitan prospek kerjaya. Sesi bersama Fia Mihara yang merupakan pakar dari Prudential BSN memberikan konsultasi berkenaan cara membuat perniagaan, perancangan tentang takaful, peluang pekerjaan dan sebagainya.


Manakala seorang wakil dari Great Eastern, Yuvaraja Raman mengadakan sesi ujian personaliti untuk pelajar. Hal ini amat membantu para pelajar untuk mengetahui laluan kerjaya mereka disamping mengembangkan rangkaian profesional melalui interaksi dengan pakar. Ujian personaliti tersebut akan membantu mereka lebih memahami kebolehan serta mendedahkan kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Pakar-pakar akan menentukan jenis pekerjaan yang paling sesuai dengan mereka berdasarkan hasilnya.


Lam Hui Shan, seorang pelajar dari Inasis MAS yang berkunjung ke ekspo berkenaan berkata bahawa program ini banyak memberi faedah dalam mengetahui jenis pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Ia juga menjimatkan masa untuk mencari laluan kerja yang bersesuai. “Ini kali pertama saya menghadiri ekspo sebegini di UUM. Saya merupakan seorang pelajar di semester enam yang berharap program ini dapat membantu untuk mencari informasi tentang latihan praktikum. Saya juga berpandangan bahawa ekspo ini amat membantu menjimatkan masa untuk mencari laluan kerjaya yang sesuai melalui ujian persoaliti yang dianjurkan. Bukan itu sahaja, saya juga dapat memahami pekerjaan yang tidak sesuai dengan saya,” katanya.


Sesi perbincangan dan bimbingan dengan majikan


Ekspo kerjaya di Pesta Anak Utaqa juga menampilkan sesi konsultasi oleh wakil Rashid Hussain Bhd  yang memberikan penerangan berkaitan program praktikum di RHB. Selain itu, sesi ceramah berkaitan kerjaya juga disampaikan oleh Ahmad Syazil bin Abd Halim dari Prudential BSN yang berkongsi pengalaman kerjaya beliau.


Ekspo kerjaya di Pesta Anak Utaqa UUM telah menarik ramai peserta dari kalangan mahasiswa UUM untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan bimbingan mengenai peluang pekerjaan dalam kerjaya profesional yang diminati. Hal ini akan membantu para graduan UUM pada masa akan datang untuk menentukan haluan kerja yang terbaik buat diri mereka.


37 views0 comments

Comments


bottom of page