top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Dari Sintok Ke Seoul: Misi Mobiliti UUM 2024

Updated: Jul 2

Oleh: Wan Nur Azrin Binti Wan Abdul Rahman

Majlis Perasmian Delegasi Mobiliti Antarabangsa UUM Ke Republik Korea 2024


SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuhkan hubungan antarabangsa dan meningkatkan pengalaman pendidikan global dengan menghantar delegasi seramai empat puluh orang pelajar sukarelawan ke Republik Korea.


Delegasi Mobiliti Antarabangsa UUM 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 14 Mac 2024 ini bertujuan untuk memperluas pertukaran budaya, kepimpinan, dan perkongsian idea antara pelajar UUM dengan pelajar dari Universiti Sejong (SU) dan Universiti Ajou (AU).


Presiden Inasis Petronas, Muhammad Asyraf selaku pengarah program turut serta bersama dengan Pengetua Inasis Petronas, Muhammad Noor Fitri Ahmad, serta lima orang pengiring yang diantara mereka juga merupakan alumni UUM.


Program ini telah mendapat sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MyFundation dan Korea Muslim Federation.


Perisian aktiviti dimulakan dengan dialog bersama organisasi pelajar Universiti Sejong dan lawatan kampus, termasuk lawatan ke Universiti Ajou. Ini memberikan pengalaman yang holistik dalam memahami budaya dan pendidikan di Korea Selatan.


Di sana, pelajar membuat kunjungan ke Kedutaan Malaysia di Korea yang terletak di bandar Seoul. Mereka membincangkan tentang hubungan antara Malaysia dan Korea Selatan dalam bidang pendidikan. Delegasi ini turut memperkenalkan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) kepada kedutaan, sambil berkongsi kejayaan yang telah dicapai sejak penubuhan JKPS.


Maklumat ini juga dimaklumkan kepada kedutaan mengenai program-program yang akan berlangsung di Korea, memperlihatkan komitmen UUM dalam memperkukuh hubungan antarabangsa.


Delegasi ini mengambil bahagian dalam Kem Musim Sejuk Muslim 2024. Aktiviti bermula dengan persiapan di Masjid Pusat Seoul. Program ini termasuk pelbagai slot untuk kanak-kanak dan dewasa yang merangkumi aktiviti seperti ice breaking, slot kelas pendek, sukan mini, mengajar menulis tulisan khat, melukis batik, kaligrafi khat, menyusun ayat-ayat Al-Quran dan tadabbur, dan perkongsian pengalaman Ramadan. Encik Muadz Bin Ahmad Nazri selaku wakil MyFundaction turut hadir memeriahkan program.


Para peserta menikmati pengalaman yang melimpah di Korea, dimulai dengan pelancongan ke Pulau Nami, yang menawarkan pemandangan menakjubkan dan makanan tempatan yang lazat. Mereka juga menjelajah Petite France, sebuah kawasan yang menarik dengan seni dan keindahan budaya Eropah. Kemudian, pasukan meluangkan masa di Pasar Itaewon, di mana mereka dapat mengeksplorasi pelbagai barang kraf tempatan dan makanan dari seluruh dunia.


Delegasi Mobiliti Antarabangsa UUM di Nami Island


Tidak ketinggalan, hari dihabiskan di Everland, taman hiburan yang terletak di Yongin, yang menawarkan hiburan tanpa henti. Di sini, para peserta dapat menikmati pelbagai tarikan taman tema yang menarik, memperkayakan lagi pengalaman mereka dalam perjalanan ini.


Sementara itu, perjalanan di bandar Seoul memperkayakan lagi pengalaman mereka dengan pelbagai destinasi menarik seperti Gyeongbokgung Village dan Starfield COEX Mall Library.


Dari permulaan hingga akhir, setiap langkah mengukuhkan pertukaran budaya dan kekayaan pengalaman antara peserta dan masyarakat tempatan Korea. Program ini turut merangkumi pelbagai sub-program yang dirancang untuk memperkaya pengalaman para peserta dan memperkukuh hubungan antarabangsa. Antaranya termasuk Penanda Aras Universiti Sejong, Penanda Aras Universiti Ajou, Sifar Kelaparan: Sebarkan Cinta, Hadiah Haengbok, Kembali kepada Komuniti Korea, Sentuhan Kasih dengan Anak Yatim, Perhimpunan Musim Sejuk Muslim, Pertukaran Kepimpinan 2024 (UUM - SU - AU), Bertemu dan Beramah Mesra dengan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan, Sesi Perkongsian dengan Persatuan Pelajar Malaysia di Republik Korea (PPMK), Makan Malam dengan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan dan PPMK, Pertukaran Budaya Antarabangsa 2024. Menyantuni Muslim di Korea Selatan, dan Dialog dengan Organisasi Pelajar Universiti Ajou.




Gambar kenangan delegasi pelajar UUM di Ajou University


Delegasi Mobiliti Antarabangsa UUM ke Republik Korea 2024 ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar UUM, Universiti Sejong, dan Ajou Universiti, tetapi juga memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan khidmat masyarakat dan memperluas pengalaman mereka di peringkat antarabangsa.


Program ini meningkatkan profil UUM di arena global dan memperkukuhkan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan NGO di Korea, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk masa depan.
















2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page