top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Cocopie, Tali Ikatan Kasih Mesra UUM & Sejong University

Updated: Jul 1

Oleh: Nur A’isyah Roskarbani

Saudara Syawal memberi Cocopie kepada orang awam di Universiti Sejong


KOREA - Seramai 49 pelajar Inasis Petronas dari Universiti Utara Malaysia telah ke Korea Selatan bersempena program yang Inasis Petronas anjurkan iaitu International Mobility to South Korea selama lapan hari baru-baru ini.


Salah satu sub program yang menarik perhatian adalah "Zero Hunger Spread The Love", dimana 49 pelajar dari Petronas ini mengambil inisiatif untuk mengedarkan Cocopie, sejenis biskut coklat, kepada 196 orang di Universiti Sejong, Korea Selatan.


Program ini juga menarik perhatian Puan Julie Pinada, seorang pegawai antarabangsa dari Filipina yang bertugas di Universiti Sejong yang turut serta dalam aktiviti mengedar biskut cocopie ini.


Menurut Timbalan Pengarah Program mobiliti ini, saudara Muhammad Syawal, mengatakan, matlamat utama program adalah untuk memperkukuhkan rasa kasih sayang di kalangan pelajar serta orang awam di Universiti Sejong.


”Kami memilih Cocopie sebagai produk yang kami edarkan adalah kerana populariti biskut ini yang tinggi di kalangan penduduk tempatan”, jelas beliau.


Selain mengedarkan Cocopie, pelajar Inasis Petronas juga menyertakan quotes atau ayat-ayat semangat kepada penerima.


“Kita mengharapkan bahawa dengan pembahagian biskut Cocopie dan quotes ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat serta mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka di sini”, ujar Saudara Syawal lagi.


Namun demikian, atas faktor berhati-hati, tidak semua orang awam di sana menerima Cocopie yang diedarkan.


Program ini juga membuka peluang untuk memperluas jaringan sosial dan antarabangsa bagi pelajar yang terlibat dengan berinteraksi secara langsung dengan komuniti tempatan, mereka dapat memahami lebih mendalam tentang budaya dan kehidupan di Korea Selatan.


Inasis Petronas bersama Puan Julie Pinada, pegawai antarabangsa Universiti Sejong


“Saya berasa sungguh seronok dengan program Zero Hunger Spread The Love ini, kerana dengan cara ini saya dapat mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan orang tempatan di sini dan mendapat kenalan baharu”, jelas saudari Amirah selaku peserta dari inasis Petronas yang terlibat.


Kejayaan program ini juga menandakan bahawa usaha kecil seperti mengedarkan biskut dan memberikan kata-kata semangat dapat memberi impak yang besar dalam membantu pelajar UUM untuk membuat “networking” bersama pelajar Universiti Sejong.


“Dengan usaha yang berterusan dan komitmen yang kukuh, diharapkan program-program seperti ‘Zero Hunger Spread The Love’ akan terus memberi manfaat yang besar dalam memperkukuhkan hubungan antara pelajar dan masyarakat setempat sambil juga memberi sumbangan kepada usaha-usaha global untuk mencapai matlamat pembangunan mampan” Jelas saudara Syawal.








1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page