top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Ceramah Buli Siber Dalam Peringkat Pengajian Tinggi

Updated: Jul 2

Oleh: Norfikriah Binti Rozali

Poster program Buli Siber dalam Peringkat Pengajian Tinggi ini telah diiklankan di media sosial bagi mengalu-alukan para pelajar menghadirkan diri dalam program ini


SINTOK - Sebuah program ceramah yang bertajuk Buli Siber dalam Peringkat Pengajian Tinggi yang telah diadakan di Dewan Seminar SMMTC semalam.  


Program ini telah dihadiri oleh seramai 45 orang pelajar yang kebanyakannya daripada pelajar semester enam. Program ini berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. 


Timbalan Pengarah Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya UUM, Encik Shahrin Bin Haji Ahmad telah dijemput untuk memberikan ceramah mengenai tajuk ini. Encik Shahrin merupakan kaunselor yang berpengalaman dalam bidang kaunseling.  


Program ini dianjurkan oleh pelajar tahun akhir sesi 2021/2022 yang telah bekerjasama dengan Persatuan Teknologi Media UUM dan Pusat Kaunseling UUM untuk menjayakan program ini.  


Program ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan tentang buli siber dan meningkatkan kesedaran tentang buli siber dalam kalangan belia. “Kami memilih isu ini kerana di peringkat universiti, pelajar seringkali menghadapi isu buli siber”, kata Pengarah Program, Elrina Balqis. 


“Tanpa disedari, Malaysia telah menduduki tempat kedua tertinggi bagi buli siber di Asia”, katanya lagi. “Masyarakat seringkali memandang kes buli siber yang berlaku adalah satu perkara yang remeh tetapi ianya adalah isu yang besar”, tambahnya lagi. 


Program ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Biru Warna disusuli dengan ceramah dari Encik Shahrin.  


Beliau telah memberikan perkongsian seperti definisi buli siber, kesan, langkah mencegah buli siber dan langkah yang perlu dilakukan sekiranya menjadi mangsa buli siber. “Jika mengalami tekanan, cepat marah, kurang keyakinan diri, semua ini adalah kesan daripada buli siber. 


Jangan hanya berkurung di dalam bilik. Kita mempunyai pihak yang boleh membantu” kata Encik Shahrin. 


Encik Shahrin sedang memberikan ceramah di Dewan Seminar SMMTC mengenai buli siber 

kepada para peserta 


Sesi soal jawab yang dibuka kepada para peserta bagi menanyakan sebarang pertanyaan kepada Encik Shahrin. Justeru itu, para pelajar dapat mengetahui lebih lanjut mengenai buli siber.  


Encik Shahrin dihadiahi cenderahati oleh Elrina Balqis yang merupakan Pengarah Program bagi menghargai Encik Shahrin kerana sudi menjadi penceramah sekali gus memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini. 


Makanan dan minuman telah diedarkan oleh ahli jawatankuasa (AJK) yang bertugas kepada para peserta. Makanan dan minuman ini diberikan secara percuma kepada para peserta yang hadir. 


Program ini adalah program yang sangat bermakna kerana mempunyai topik yang relevan dan penting iaitu buli siber.  


Program ini juga telah membuka mata para peserta mengenai buli siber bukanlah perkara yang remeh kerana kes buli ini dapat menjejaskan mental seseorang.  





4 views0 comments

Comments


bottom of page