top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

Alumni Run: Let’s Reunite Together Merapatkan Hubungan Alumni Dan Pelajar UUM

Updated: Jul 2

Oleh: Umie Zulaika A Mustaffa

Pendaftaran para peserta program


SINTOK – Inasis Petronas buat julung kalinya telah menganjurkan acara larian iaitu “Alumni Run: Let’s Reunite Together” pada baru-baru ini di sekitar kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM).


Program ini dilaksanakan sempena Pesta Anak Utaqa (PAU) yang berlangsung pada 24 April sehingga 27 April 2024 di Dataran Ilmu, Inasis Petronas.


PAU merupakan program yang dianjurkan oleh Biro Keusahawanan dan Kepimpinan, Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis Petronas. 

Program ini telah disertai oleh alumni dan 107 orang pelajar UUM.


Acara larian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu larian sejauh lima kilometer dan tujuh kilometer di sekitar kawasan UUM.


Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua Inasis Petronas, En. Muhammad Noor Fitri bin Ahmad.


Menurut En. Muhammad Noor Fitri, acara larian telah dipilih sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara alumni dan pelajar UUM kerana ia merupakan aktiviti yang diminati ramai pelajar. 


Kelihatan para peserta sedang bersiap sedia untuk sesi senaman sebelum permulaan acara larian


“Program ini merupakan program yang amat bagus kerana para alumni dapat mengenali pelajar UUM dengan lebih rapat sepanjang melakukan aktiviti larian bersama-sama.” ujar salah seorang peserta, Amir Adlan.


Acara larian ini juga boleh melahirkan amalan gaya hidup sihat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai otak yang cerdas dan fizikal yang cergas.


Pencapaian dan sumbangan alumni UUM merentasi pelbagai bidang yang berbeza dapat diserlahkan sekali gus memberikan motivasi kepada pelajar UUM. 


Menurut pengarah program, Aiza Nur Hazlyana sewaktu majlis penutupan, “pihak Inasis Petronas akan menganjurkan program Alumni Run: Let’s Reunite Together 2.0 dengan skala yang lebih besar dan baik pada masa yang akan datang.”


Sesi fotografi bersama alumni, pelajar, dan pihak Inasis Petronas





9 views0 comments

Comments


bottom of page