top of page
Green Farm
Writer's picturebelurunews

40 Vendor Menjayakan Pesta Anak Utaqa

Updated: Jul 1

Oleh: Chan Yu Qian

Pelanggan beratur untuk membeli makanan di Pesta Anak Utaqa, Inasis Petronas, UUM


SINTOK - Seramai 40 vendor sekitar Kedah dan Perlis memeriahkan program Pesta Anak Utaqa (PAU) anjuran Biro Keusahawanan dan Kepimpinan, Inasis Petronas, Universiti Utara Malaysia baru-baru ini. 


Penganjuran Pesta Anak Utaqa selama empat hari merupakan program keusahawanan untuk memupuk semangat keusahawan di kalangan mahasiswa. 


Pelbagai aktiviti menarik termasuk gerai jualan, photobooth, forum, alumni run, pameran kerjaya, permaianan tradisional, memanah, persembahan artis dan rumah hantu disediakan untuk pengunjung.


Menurut pengarah program, Nur Wani Kamilia binti Md Saad, PAU bertujuan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswa dan mehasiswi tanpa mengira negeri.


Pesta Anak Utaqa di Dataran Ilmu, Inasis Petronas mendapatkan sambutan meriah


“Pesta Anak Utaqa bukakan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira negeri untuk mereka menikmati kemeriahan program ini,” 


“Dengan konsep klasik yang mengambil inspirasi dari warisan nusantara, pesta dapat menarik perhatian ramai pelajar dan orang awam di sekitar Kedah dan Perlis,” ujar beliau. 


Seorang usahawan buttermilk station dari Kedah berkata mereka amat teruja menyertai pesta anjuran biro keusahawan Inasis Petronas kerana pesta ini mendapat sambutan ramai pelanggan.


Terdapat banyak gerai jualan seperti Air, Keropok Lekor, Kerabu Maggi, Western di Pesta Anak Utaqa, Inasis Petronas, UUM


Seorang pelanggan dan juga mahasiswi UUM, Tan Wei Yi, 23, berkata ini adalah kali pertama dia mengunjungi pesta yang diadakan di kampus UUM. 


“Saya rasa pesta ini bagus kerana pelajar UUM yang berbilang kaum dapat memeriahkan suasana pesta ini serta mampu membeli makanan dan minuman agar dapat menjamu selera dengan rakan berbilang kaum yang secara tidak langsung mampu menjalinkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kesatuan antara satu sama lain,” jelas Tan Wei Yi.


“Diharapkan sambutan pesta ini dapat meningkatkan imej Inasis Petronas sebagai penganjuran yang berjaya,” ujarnya Program Pengarah. 


Kejayaan pesta ini juga diharapkan dapat memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa dan mahasiswi serta menyemarakkan suasana di kampus UUM.
















3 views0 comments

Comments


bottom of page